BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI
1. Penasihat
- Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
- Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan.
- Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
2. Penyelaras
- Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.
- Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.
- Melatih ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di sekolah.
- Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.
- Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan data.
3. Pengerusi
- Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.
- Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.
- Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.
- Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program Pembestarian Sekolah.
- Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.
4. Timbalan Pengerusi
- Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan
- Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.
- Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan.
- Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.
5. Setiausaha
- Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.
- Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.
- Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.
- Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
6. Penolong Setiausaha
- Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.
- Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.
- Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.
7. Bendahari
- Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan kewangan.
- Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.
- Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
- Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.
- Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.
8. Ahli Jawatankuasa
- Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.
- Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.





Recent Comments