Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas telah berjaya diadakan dan disempurnakan oleh Puan Siti Saripah bt Undar, PK Pentadbiran pada 13 Feb lalu.
Majlis ini diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah. Majlis ini melibatkan penyampaian watikah perlantikan pengawas kepada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas SPBT.
Majlis dimulakan dengan Asmaul Husna, Nyanyian Lagu, Bacaan Ikrar. Kemudian, PK Pentadbiran memberi ucapan sempena majlis ini. Beliau mengingatkan para pengawas supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.
Penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah disempurnakan oleh PK Pentadbiran dan kemudiannya diikuti oleh penyampaian watikah pelantikan pengawas PSS dan SPBT oleh PK Kokurikulum, Tn Hj Azli bin Aman.
Berikut adalah gambar daripada lensa kamera Cikgu Wan untuk tatapan warga sekolah.
Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas kepada Ketua Murid
Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ketua Pengawas PSS
Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SPBT
Barisan Pengawas Sekolah 2012 bersama barisan Guru Disiplin dan PK Pentadbiran
Barisan Pengawas PSS bersama barisan Guru PSS dan PK Pentadbiran
Barisan Pengawas SPBT bersama Guru SPBT dan PK Pentadbiran












Recent Comments