4 Jan 2010 – Sesi persekolahan di SK Seri Besout bermula secara serentak di seluruh negara. Namun, suasana awal pagi sesi persekolahan tahun ini agak mendung kerana hujan turun. Ini menyebabkan perhimpunan pertama sesi ini diadakan di Dewan Zum.
Kehadiran Penolong PPD, Tuan Md. Bashah b Abd Razak turut menyerikan suasana pagi di sekolah ini. Beliau turut memperkenalkan guru-guru baru yang ditempatkan di sekolah ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru baru yang ditempatkan dan ditukarkan di sini.
Seperti biasa, semua guru mula menjalankan tanggungjawab rutin setelah perhimpunan selesai. Semoga sesi persekolahan 2010 memberi seribu erti dan membawa kejayaan yang gemilang kepada semua warga sekolahnya.





Recent Comments