Tahniah dah syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk membolehkan prestasi kuantiti SK Seri Besout meningkat berbanding tahun lepas.
Daripada keputusan Peperiksaan UPSR yang telah diumumkan, hanya 1 orang saha ja mendapat 5A. Manakala seramai 7 orang mendapat 4A 1B. Syabas dan tahniah diucapkan adik NORIKHWANA BT MOHD RADZALI atas kejayaan memperolehi 5A. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Norashikin Shujauddin atas kejayaan meningkatkan prestasi subjek Matematik ke tahap yang cukup membanggakan (cabaran untuk guru-guru Tahun 6 2010).
Peratus kelulusan telah meningkat kepada 60.75%. Ini pun pencapaian yang cukup membanggakan. Syabas kepada semua guru-guru Tahun 6 terutamanya kepada Cikgu Rogayah Abdul Hamid yang bakal berpindah ke sekolah baru pada tahun depan.
Semoga kejayaan yang dikecapi hari ini akan diteruskan pada peperiksaan UPSR tahun depan.
Tahniah!!!!


Recent Comments