Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah terutamanya Unit ICT SK Seri Besout atas usaha mewujudkan Portal Rasmi SK Seri Besout. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
Saya juga mengharapkan semoga usaha ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid. Saya berharap semua murid-murid SK Seri Besout dapat memanfaatkan laman portal ini sebaik mungkin demi mengejar ilmu.
Saya merasa bangga dengan kewujudan laman portal ini. Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak warga serta kerabat SK Seri Besout ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi melayari laman web sekolah kami.
Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.
Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk menjanakan kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini.
Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat mempertingkat usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan amat berguna dalam kehidupan kita pada zaman ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.
Insya-Allah, dan mudah-mudahan sekolah ini akan terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Hjh Laila bt Sarji
Guru Besar SK Seri Besout





Recent Comments