Categories

Archives

Bulan Pembestarian Sekolah SK Seri Besout

25 Mac 2009 – Pada Perhimpunan Ko-Kurikulum, majlis pelancaran Bulan Pembestarian Sekolah peringkat SK Seri Besout telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Pn Hjh Laila bt Sarji. Pelancaran ini menandakan permulaan awal ke arah menjadikan SK Seri Besout sebuah sekolah bestari pada masa akan datang.

Pelancaran Program Bulan Pembestarian Sekolah ini adalah serentak dengan pelancaran Kelab Rukun Negara dan Pelancaran Program Nilam. Diharapkan semua program ini dapat dianjurkan dengan sempurna dan mencapai objektifnya.
Antara aktiviti / program yang akan diadakan sepanjang Bulan Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut:
1. Pertandingan Asas Komputer Tahap 2
2. Pertandingan Mewarna dan Melukis Tahap 1 dan Tahap 2
3. Kuiz Komputer Tahap 1 dan Tahap 2
4. Open Fast Typing
5. Pengunjung Pusat Akses Paling Kerap
6. Pemasangan Wireless Router
7. Kursus Pencarian Search Engine
8. Majlis Pelancaran Laman Web Sekolah dan Bridged Bestari Sekolah
Diharapkan semua murid dan warga sekolah dapat menyertai dan memberi sokongan terhadap program yang dianjurkan.
Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Comment spam protected by SpamBam